IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bila Mau Pencen Daaaa.....

>> Thursday, April 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 April — Polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Mengulas kematian Aminulrasyid Amzah, 15, yang dilaporkan ditembak polis di Shah Alam Isnin lepas, Musa berkata beliau tidak hendak membuat spekulasi tetapi tembakan itu berlaku pada 2 pagi dan kereta yang dinaiki remaja itu dipandu dengan cara yang mencurigakan.

(1)Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapat pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

“Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di sini hari ini.

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

“Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa,” kata beliau.

Musa meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian itu. Beliau mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

(2)Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti.

(3) “Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.

(4)Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,” katanya.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: “Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami”.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

(5) Sebelum ditembak, Aminulrasyid didakwa mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya. — Bernama

P/s: Perhatikan ayat yang gua hitamkan, ada kenyataan yang berbentuk positif (1), sengal (2), mengugut (3 & 4) dan mencurigakan (5).

Woiii... bila mau pencen daaaa....

"TOLONG JANGAN TEMBAK KEPALA AKU JIKA AKU BAWA LAJU
- pesanan untuk pRdm"

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, April 29, 2010 10:50:00 PM  

dia ni nak jadi macam A galak dalam gerak khas kot!!!!!!..kontrak renew je..ada apa2 ke ngn PM woi?

merbok,  Thursday, April 29, 2010 11:48:00 PM  

gua nak pindah.. dah taknak dok s.alam.. bahaya!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP