IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

>> Thursday, April 08, 2010

Salam sejahtera buat semua, pagi ini bila gua buka email.... jiwa gua terbakar lagi apabila terbaca kisah seorang bapa yang menghalang niat suci anaknya untuk memakai Tudung. Gua dah tak tau nak ulas apa lagi dengan sikap bapa yang sebegini.... mungkin inilah tanda Dunia di Akhir Zaman...

Jika di tanya perasaan gua... jawapannya sedih ada... nak bagi penerajang pun ada jugak... geram beb..., ntahlah lu orang baca jelah luahan perasaan dari anak malang di bawah ini,  nauzubillah....;

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhuhuhu.....

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih sekali. Jiwa aku meronta.... dengan pelbagai persoalan, salah ke kalau aku nak pakai tudung? Itulah pertanyaan yang timbul di benak ku. Kenapa daddy tak benarkan...? Kenapa......?????

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat....

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut mula terasa lapar.... Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapak aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jer... nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapak aku balik. Aikkkk..., apahal bapak balik awal ni??? Hati aku mula berkecamuk.... adakah kerana hal semalam...?

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapak aku supaya benarkan aku pakai tudung. Now or never...!!! Aku nekad.....

Bila bapak aku buka jer... pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku terus bersuara...,

"Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak...!"

Bapak aku terus menjegilkan mata sebesar besarnya. Macam ada bara api keluar! Panggggggggggggggg...... Bapak aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la... daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan ....."

Panggggggggggggg....!!! Bapak aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku habis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah beratus kali aku habaq... kat hang, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! hang paham tak...???

Tu laaa..., bila time kelas agama, hang ponteng!!! Nama hang aku bubuh "Razali", tup.. tup.. lekat jadi AZA sahaja!!! Memang laaa.... dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!!! Abang hang pun lelaki jugak!!!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis tersedu sedu. Dah laaaa.... sakit kena penampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak..... hu..hu...hu....

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!

Ok.... dah habis cerita kat atas tu... mana yang kat opis tu... pergi buat kerja, dah la gunakan komputer opis baca blog...., ha..ha..ha... sorry geng... saja jer... gua nak bagi lu orang freshhh.... pepagi ni.., kepada yang tak gunakan komputer opis... takda hal ok.... asyik isu politik jer... gua pun boring jugak..

Moga Semua Selamat Menjalankan Urusan Masing2 pada hari ini..... Adiossss..... 

9 IkutSukaLu...::

Unknown Thursday, April 08, 2010 8:28:00 AM  

ye ye aku nengok...
nasib3...

Si CiLiK© Thursday, April 08, 2010 8:51:00 AM  

adush aku pon tertipu gak haha...

Unknown Thursday, April 08, 2010 9:07:00 AM  

Aku ingat bapak jenis jahil pure macam Mahadet....

Yong Thursday, April 08, 2010 10:11:00 AM  

Anak tu auww. Nak jadi pompuan yang sempurna. Heheheh.

Lang Thursday, April 08, 2010 10:19:00 AM  

memang cilakak lu isa... mula marah jugak baca tajuk... la ni marah jugak... sebab dah terkena... wakakakaka... kelazzzz bro..

pemudakedah Thursday, April 08, 2010 2:28:00 PM  

chess.. mati2 aku ingat pempuan....

Anonymous,  Thursday, April 08, 2010 3:22:00 PM  

Bagus cerita ni.

Ia juga menunjukkan lelaki zaman sekarang sudah menjadi lembut dan kes pondan dah semakin teruk di Malaysia.

Ia juga menceritakan betapa hilangnya ilmu agama seseorang insan di Malaysia.

Sekarang ni, lelaki sedang mencari identiti dengan perempuan.

Kampus saya di UKM, fenomena lelaki lembut dan pondan semakin teruk dan susah nak mengawal.

Zharfan(Toshio).

Unknown Sunday, December 19, 2010 11:04:00 AM  

mintak izin buat link pada n3 ni, kt blog cikai aku, bro.. xde unsur2 khianat. ni post yang aku buat.. tq bro

http://nakhapunyeblog.blogspot.com/2010/12/cetttaku-terkena.html

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP