IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bangang Punya KPN

>> Friday, April 09, 2010

Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rujuk link sini.

Kalau ada sesiapa yang rajin boleh buat carian nama anak KPN dalam Asiasoft... ada ka,, tak ada,,,?

Ini yang di katakan bangang tak boleh di ajar, seekor Musang yang bertanggung-jawap menjaga keselamatan negara boleh bercakap macam di atas... perghhh... macam bercakap dengan dinding jelah... bodoh piang.

Perkara ini telah di siarkan oleh akhbar The Star pada 5 August 2008, di panaskan lagi oleh RPK dan beberapa bloggers, semuanya di senyapkan. Setelah 2 tahun dan sekarang ini dibangkitkan dalam Parlimen baru dia nak bersuara perkara ini telah disiasat dan 2 ekor Israel tu telah di halang dari memasuki Bukit Aman.

Kononnya PRDM cekap...? Cekap kepala bana lu orang la... selaku KPN takan tak tahu menahu dengan perkara tersebut... cehhh... cakap macam cibai la... nak perbodohkan orang ramai (rakyat) seolah rakyat ni bangang dan bodoh macam diorang agaknya...

Itulah jadinya kalau jawatan KPN pun di politikkan....!!! Sepatutnya sebagai KPN beliau harus tahu membezakan antara keselamatan negara dan menjadi pencacai ahli politik.

Di bawah ini, apa kata Anwar Ibrahim;

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Itulah kecekapan PRDM, apabila ada pegawai penyiasat yang jujur menjalankan siasatan dan terkena pada batang hidung PRDM sendiri..., maka nasib pegawai2 tersebut seperti sedia maklum lah.... bye...bye...

5 IkutSukaLu...::

Unknown Friday, April 09, 2010 12:14:00 PM  

susah2 suruh depa pi daftar manjadi parti politik dan boleh bertanding dalam PRU..
Letak lambang batang kayu bersilang..

azman kamarul Friday, April 09, 2010 3:29:00 PM  

Kalau tak salah gua lah...kalau salah lu orang tolong betulkan gua ok......

Sepatutnya yang naik pangkat jadi KPN bukan mamat ni sepatutnya...tetapi kerana waktu pegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , dia tolong usung tilam kat Trivolli Hotel..lu orang sudah lupa ke itu kes?.....SAMPAI MATA DSAI LEBAM DIHENTAM DEK RAHIM NOOR SAMSENG TU.

Siapa usung tilam tu....lu orang cuba ingat....
lEPAS TU DENGAN CEPATNYA mamat tu naik pangkat jadi KPN.....
BUKAN KERANA INTEGRITI TETAPI KERANA TOLONG MAHATHIR!!!!

ISA Friday, April 09, 2010 6:58:00 PM  

Azman Kamarul,

Memang betul pun, pasal tu jadi kayu... sampai pencen.

I help you, you help me wakakaka... Friday, April 09, 2010 11:03:00 PM  

Bro...mamat KPN ni ada diploma jeh bro sebab tula dia punya cakap ada macam bingai broooooo

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP