IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apabila Politik Mengatasi Segalanya.

>> Wednesday, April 14, 2010

Penghujahan yang baik telah diberikan pada peringkat awal oleh Mohd Shukor mengenai keadilan dalam undang-undang syariah tetapi akhirnya memihak kepada respondan yang mahukan kes qazaf ini tidak disebutkan di Mahkamah Syariah.


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan keputusan itu menyifatkan ini sesuatu yang aneh telah berlaku sedangkan hakim dalam hujahnya menunjukkan keadilan dalam syariah perlu ditegakkan.

"Mahkamah menerima bantahan awal tetapi saya lihat keputusan kehakiman menarik dari satu sudut, hujah yang panjang lebar yang mahukan pendakwa raya perlu adil dan tak boleh zalim. Perkara yang jelas mesti menggunakan kuasa untuk mendakwa dengan merujukkan kepada beberapa pandangan beberapa tokoh.

"Hujah yang mahukan keadilan perlu ada bagi mengelakkan salah faham pihak tertentu dan juga mengelakkan dari berlaku sesautu yang tidak di ingini selain memelihara keadilan undang-undang syariah.

"Satu hujah yang kukuh bahawa pendakwa raya tidak boleh tunduk kepada arahan politik dan mesti bebas.
Tetapi dalam kes ini cukup jelas saya dituduh fitnah.

"Bila saya buat dakwaan, Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali membantah dan hakim tak buat pilihan kerana hakim kata dia tidak ada kuasa untuk memberi arahan," jelasnya kepada media di perkarangan mahkamah.

Anwar juga kesal dengan tindakan pihak tertentu yang telah mempergunakan mahkamah syariah bagi kepentingan mereka.

"Hari ini sekali lagi pencabulan institusi kehakiman telah berlaku yang mana kita lihat mahkamah syariah telah diperlekehkan dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

"Pihak saya akan menfailkan rayuan ini seberapa segera tetapi saya tidak mengharapkan sangat keputusannya kerana kita telah tahu keadaan politik sekarang yang boleh menggunakan kuasa mereka dalam membuat arahan," sambungnya lagi.

Peguam utama Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman menjelaskan pihaknya akan menfailkan rayuan dalam masa empat belas hari.

"Kita akan failkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah dalam masa empat belas hari akan tetapi ia mengambil masa yang agak lama untuk didengari kerana terdapat beberapa polisi yang perlu dipatuhi.

"Kita juga terkejut dengan keputusan ini kerana hujah hakim dari awal dilihat memihak kepada kita dengan menjelaskan pendakwa tidak perlu tunduk kepada arahan pihak tertentu dan juga politik, tetapi akhirnya keputusan telah memihak kepada respondan dan ini jelas undang-undang syariah sekarang ini telah diperlekehkan sedemikian rupa," tegasnya.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful atas tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh Anwar.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - Pengarah Jawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Anwar diwakili oleh Kamar Aniah Kamaruzaman manakala peguam Zainul Rijal Abu Bakar pula mewakili responden. - sk

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP