IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apa Status Ayam Yang Kita Makan Hari Ini..???

>> Monday, April 05, 2010

Saya ingin berkongsi artikel dari Majalah Milenia bulan Mac 2010 bertajuk :" Antara ayam antibiotik dan ayam probiotik"
Namun bagi pakar teknologi fermentasi dan industri bioteknol0gi , UKM, Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff dari sudut sains biologi, ayam yang berada di pasaran sekarang telah banyak berubah dari sifat asli sehingga fitrah ayam tidak lagi selincah 'bertelur sebiji, riuh sekampung'.
Industri ayam, katanya telah membangunkan ayam sama seperti mereka membangunkan industri robotik 'Asimo' yang boleh diprogramkan. Sebagai umat Islam ia berbahaya kerana ayam yang kita makan sebenarnya tidak berperibadi seperti ayam. Ia hanya mengambil bentuk fizikal tetapi tidak fitrah sebagai seekor haiwan ternakan berspesies ayam kampung.
Dalam erti kata lain, ayam-ayam itu sebenarnya tidak lebih sebagai haiwan kurang upaya atau terencat.
"Kalau pergi pasar, kita boleh lihat ayam-ayam yang bukan ayam ini. Ia adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan putih melepak seolah-olah memakai 'krim pencerah' dan tidak pernah terkena sinaran UV cahaya matahari yang membekalkan vitamin D. Dari sebiji telur yang menetas dengan kuasa elektrik, 40 hari kemudian ia siap sedia dihidang untuk dimakan. Ayam-ayam ini yang digelar "Ayam Bandar' tidak pernah mengotorkan kakinya mengais tanah mencari rezeki sendiri."
"Sebelum disembelih, berpuluh-puluh ekor ayam ini dimuatkan dalam satu sangkar. Apabila bahagian atas sangkar dibuka, seekor demi seekor ayam diambil untuk disembelih di hadapan ayam-ayam yang lain. Peliknya ayam-ayam ini tenang seperti tidak ada apa-apa berlaku. Bayangkan kalau ayam kampung, betapa susah kita hendak menangkapnya, bila terkepung ayam kampung boleh terbang keluar apabila disembelih ia akan mengamuk geletek dan gelupur di sekeliling kawasan.
Dengan pergerakan bebas inilah ayam sembelihan akan mengepam keluar toksin dan darah dari carotid artery secara gradual menyusutkan peredaran darah. Jika ini tidak berlaku maka dikhuatiri ayam yang dimakan sebenarnya adalah bangkai." jelasnya sambil membandingkan sifat semula jadi haiwan berkaki dua itu.
Jika hari ini atas dasar mempercepatkan proses pembesaran ayam maka penternak menggunakan pelbagai antibiotik, suntikan hormon, beta antagonist atau sulbatamol, tidak mustahil satu hari nanti atas nama sains dan teknologi, mereka menggunakan ' hidrolisis protein, sejenis bentuk makanan tambahan yang sebenarnya diperbuat daripada enzim khinzir atau bahan buangan haiwan sebagaimana yang digunakan secara meluas di Eropah, menurut pendedahan eksklusif di Jurnal Penyiasatan Felicity Lawrence di laman sesawang The Ecologist yang turut disiarkan BBC UK.
Malah ujian makmal menunjukkan bahawa seekor ayam yang dibekalkan enzim ini mempunyai 40% sel ayam sebenar sementara baki 60% lagi adalah sel khinzir.
"Sememangnya kita mempunyai pilihan. Setiap makanan juga ada dualisme. Jangan memilih ayam antibiotik sebaliknya ambil ayam probiotik yang menggunakan penguraian kuman dalam proses penghadaman, sama seperti dalam minuman susu kultur Yakult dan Vitagen.
Pilihlah butter yang mengandungi nutrisi dan tambah nilai berbanding marjerin kerana ia (marjerin) mengandungi trans-fatty acid iaitu sejenis bahan dalam pembuatan plastik." syornya berkongsi sedikit tip memilih makanan di dapur.
Penulis : Faizal Riduan - Milenia Mac 2010 - m/s 30 -33
Di petik dari blog: Cikgu Normah klcitizen

3 IkutSukaLu...::

Unknown Monday, April 05, 2010 9:58:00 PM  

gua bersyukur sebab dah bertahun tak makan ayam. kalu tidak gua pun terjebak dan mengalami sindrom ayam daging. ape2 jenis ayam pun gua tak selera walaupun montok dan gebu. ha3.

Anonymous,  Monday, April 05, 2010 11:08:00 PM  

ayam makin mahal...

aku dah tobat dah makan ayam..skang aku makan nugget je...ahahaha

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP