IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

ubn Happiness dengan Cerita Zul Kulim... ha..ha..ha...

>> Thursday, March 25, 2010

"Saya tidak hairan dengan cerita sebegini, sebab ia jadi kebiasaan pembangkang untuk fitnah dan lancar strategi provokasi untuk dapat kuasa," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Datuk Bung Moktar Radin kepada Bernama di lobi Parlimen di sini Khamis.

Anggota Parlimen Kinabatangan itu mengulas pendedahan Zulkifli di Dewan Rakyat bahawa beliau pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Zulkifli, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat, memberitahu Parlimen bahawa beliau pernah diminta mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan satu kes pembunuhan pada 2004.

Dakwaan Zulkifli dibuat genap seminggu selepas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang bekas anggota PKR, bahawa rancangan "16 Sept" adalah satu pembohongan pembangkang.

Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bahawa apa yang dinyatakan oleh Zulkifli itu menunjukkan pembangkang sanggup melakukan perbuatan yang seolah-olah menghalalkan apa saja caranya untuk mencapai matlamat mereka.

Anggota Parlimen Tangga Baru Datuk Idris Haron berkata pengakuan Zulkifli menggambarkan beliau tidak tahan dengan taktik kotor sesetengah pihak dalam pakatan pembangkang.

Wakil rakyat Bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng, yang juga bekas anggota PKR, berkata dakwaan Zulkifli itu perlu diteliti pihak terbabit. Sumber: Bernama.
Ha... ha...ha..., nak gelak terguling2 lagi ka....? dengan kenyataan bangang MP umno semua ni....

Kalau kita ikut nasihat Bro. Isham Tukar Tiub, cuba kita semua baca secara terbalik apa yang MP2 bangang tu kata dan apa yang Bernama tu tulis.

Yang sebenarnya si Zulkifli Kulim tu... sanggup melakukan apa saja termasuk menabur fitnah untuk memburukkan Pimpinan Pakatan Rakyat setelah gagal menjalankan tanggung-jawapnya sebagai Ahli Parlimen, dan mengikut kehendak peribadinya.

Beliau juga kemungkinan diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu dalam usaha pembersihan dengan menafikan kaitan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Walau bagaimana pun, biarlah si mamat kulim yang sedang terdesak ini bercerita sehingga dia puashati, kerana dalam masa yang sama dia sedang membodohkan dirinya dengan menjadi anjing suruhan umno. Entah berapa bayaran yang dia dapat wa pu chi tau..... tunggu dan lihat perubahan kehidupannya selepas ini.

Kalau2 boleh jadi macam sesumpah, pendapatan tetap tidak di ketahui puncanya, tapi boleh buat rumah harga RM7juta.... tak pun macam doktor gigi tu... pergghhhh.... selamat dedah mendedah di Parlimen.

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, March 25, 2010 9:21:00 PM  

apa uncle?? mana dia lagu akhil hayya.. ahaha hayya

petai muda Thursday, March 25, 2010 11:47:00 PM  

salam

gua jadi banyak bingung la kes perlimen ni...

MP Pakatan dan MP UMNO byk habiskan
masa nak jawab cerita karut marut drpd sang katak.

helo brother...

bahaslah tajuk mcm mane nak majukan malaysia ni! mcm mane nak turunkan harga minyak!mcm mane nak hapuskan ISA!

aku tengok MP2 ni macam hampeh lah.
tak ada kualiti....

yg syoknye... si speaker mudah je beri laluan bila kes kutuk MP Pakatan...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP