IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sekadar Teguran Ikhlas Dari Gua Buat Teman Bloggers.

>> Friday, March 26, 2010


Salam semua terutama sekali kepada teman2 bloggers sekalian.

Kita semua sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor telah meninggal dunia pada jam 9.37pm (Khamis), akibat barah otak.

Ucapan Takziah kepada Ahli Keluarga dan Waris beliau, dan Al-Fatihah juga ke atas ROHnya semoga di cucuri Rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Di sini gua ingin mengambil kesempatan, sekadar berpesan pada diri gua sendiri dan teman2 sekalian.

Sebagai menghormati kesedihan yang di hadapi oleh Ahli Keluarga dan Waris beliau. Sudilah kiranya kita semua tidak mengambil kesempatan ini dengan menulis hal berkaitan kekosongan kerusi dan PRK Parlimen Hulu Selangor sehingga selesai segala urusan jenazah dan majlis pengkebumian.

Apa yang gua lihat, sudah ada di kalangan kita yang mula mencalonkan individu tertentu, ada juga yang menghentam ubn kerana mengelak PRK dan ada juga yang seperti seronok akan menghadapi PRK.

Sekali lagi gua ulang..., biarlah kita tidak menyentuh isu PRK dan cadangan calon sehingga urusan jenazah serta majlis pengkebumian selesai, sebagai menghormati jenazah dan ahli keluarganya yang dalam kesedihan.

Sedangkan SPR sendiri pun akan mengambil masa berminggu untuk mengistiharkan kekosongan Kerusi Parlimen dan Pilihan Raya Kecil yang bakal berlansung. Apalah bezanya dalam masa satu hari kita semua tidak menyentuh isu tersebut. Selepas selesai segala urusan, jika lu orang nak belasah... ikut suka lu orang la... nak belasah sampai lunyai...dan gua pun tidak terkecuali....

Gua mohon maaf, sekiranya isu yang gua timbulkan ini mengundang rasa tidak puashati di kalangan lu orang semua, cuma gua tidak mahu kita semua memperlihatkan sifat kerakusan dan gelojoh dalam berpolitik dan berblogging sehingga terlupa adap menghormati jenazah dan kesedihan musibah yang menimpa keluarga si mati.

Sekadar teguran ikhlas dari gua, jika pendapat lu orang bertentangan dengan gua, ikut suka lu orang la... Innalillahiwainaillahirajiun.............

Wassalam...
Isa Mohammad.

18 IkutSukaLu...::

Harimau-Menaip Friday, March 26, 2010 1:35:00 AM  

Innalillahiwainaillahirajiun.

Gua follow saranan lu bro.

ISA Friday, March 26, 2010 1:37:00 AM  

Harimau Menaip,

Terima kasih bro...

Stone525i Friday, March 26, 2010 1:46:00 AM  

Assalamualaikum bro,

bagus ya cadangan kau tu bro, tapi gua dah pun terlepas satu artikel sebelum gua baca saranan bro ini ... sori lah yer

Love Perak Friday, March 26, 2010 1:53:00 AM  

yup. setuju. gua pun terlepas dah satu artikel. tak sabar betul aku kan hahaha. mohon maaf. terima kaish dengan peringatan ini bro isa.

Kerajaan Rakyat Friday, March 26, 2010 2:04:00 AM  

Salaam sdra ISA,

Setuju......... 100 persen!

ISA Friday, March 26, 2010 2:27:00 AM  

stone,

lu takda dosa dengan gua... tak perlu sorry..

ISA Friday, March 26, 2010 2:29:00 AM  

Love Perak,

Itulah tugas kita ingat mengingati, akan datang kalau gua terbabas... lu orang pulak ingatkan gua...

ISA Friday, March 26, 2010 2:31:00 AM  

Kerajaan Rakyat,

terima kasih saudara ku...

KEDAH ONLINE Friday, March 26, 2010 2:37:00 AM  

setuju2..mari sama2 kita hadiahkan al-fatihah untuk si arwah

best1of4 Friday, March 26, 2010 9:51:00 AM  

Yang mengelupor sangat tu buat apa? Entah dah sedekahkan Fatihah ke belum! Calon pulak yang disebukkan.

Banyak lagi masa bro(PR) semua...

anakmuaallaf Friday, March 26, 2010 10:00:00 AM  

Salam ISA,
Kak leha sokong cadangan ISA.Kemaruk PRK sangat la pulak kita ni..

Love Perak Friday, March 26, 2010 2:38:00 PM  

bukan kemaruk tapi tak sabar nak tibai gerombolan hehehe

Unknown Friday, March 26, 2010 6:49:00 PM  

Semoga roh Dr Zainal ditem[atkan bersama-sama dengan orang-orang yang diberi petunjuk.....amin


BRo Isa......mana lu nuntut ajaran khurafat ni..macam setail hindusm pulak. Yang pergi konfirm pergi yang hidup kena terus berjuang..tak leh tunggu...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP