IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

RM171 juta tanggung PATI.. Bodoh Punya Kera...Jaan.

>> Saturday, March 27, 2010

Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.

Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.

"Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.

Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.

Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.

Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.

Malaysiakini.

Alaaaa... Malaysia ni kan negara kebajikan untuk pendatang asing, tak kiralah pendatang yang haram ke atau yang halal... semua dilayan dengan baik. Tapi rakyat sendiri disembelih dan dihisap darah.  Ini baru cerita tentang banduan, belum diceritanya lagi tentang sekolah.  Berapa ramai anak pendatang asing yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan tanpa membayar sesen pun malah boleh dapat bantuan buku sekolah pulak tu.

Anak-anak rakyat Malaysia sendiri terpaksa berebut untuk mendaftar di sekolah dengan anak - anak pendatang asing. 

Pemimpin Malaysia adalah bertaraf NATO... No action, talk only.

2 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Saturday, March 27, 2010 1:11:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ini dinamakan rezeki untuk kroni UMNOBN . Kalau tiada banduan asing tiada pulus masuk pulak , So paham paham je la .Lagi satu hal si HASHIM yang lu bengkek tu bukan la dari ikon gua .Gua terima nasihat lu supaya jangan kacau lu , so gua dah lama tak kacau lu tapi lu masih kaitkan nama gua ,apa hal ni?

ISA Saturday, March 27, 2010 4:42:00 PM  

hj. jamaludin,

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim,

he..he..he.., bukankah gua sebutkan dari "persepsi" gua. Biasa la..., lepas lu menghilang, timbul pulak hashim, kalau lepas ni hashim menghilang... mungkin timbul pulak karim...

takan itu pun lu terasa bro.., relax aarrrr.., tapi lu jangan risau.. gua tak menuduh sesiapa pun.

Cuma gua yakin itu semua mainan blogger yang kesunyian, tak tau nak buat apa... buat kacau... ramai yang macam tu bro...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP