IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lagi Satu Kebanggaan ubn... ha..ha..ha....

>> Wednesday, March 31, 2010

Sejak Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 melanda seluruh negara, kerajaan pusat menyalurkan berbilion ringgit ke Sarawak kononnya untuk memajukan rakyat negeri itu.

Persoalannya ke mana wang itu dibelanjakan atau ia hanya berlegar di sekitar kepimpinan BN dan kroni mereka.

Terbaru, gerak kerja turun padang yang dilakukan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mendapati berlaku penindasan dan pengabaian berterusan oleh kerajaan BN terhadap rakyat miskin di negeri itu termasuklah ratusan keluarga miskin dalam kawasan Bandaraya Kuching.

Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Sarawak, Ahmad Nazib Johari dalam gerak kerja turun padang itu misalnya menemui keluarga miskin yang dikenali sebagai Keluarga Kasmi yang menetap di Kampung Kudai, dalam kawasan Bandaraya Kuching lebih 30 tahun dan sehingga kini gagal mendapat bekalan elektrik.

“Kasmi sekeluarga seramai lapan orang masih menggunakan generator yang sama sejak lebih 30 tahun lalu.
Setiapkali generator itu rosak (gambar), kehidupan keluarga itu akan bergelap.
Mereka terpaksa menggunakan generator yang usang itu kerana keluarga Kasmi tidak mampu untuk membeli yang baru,” katanya.

Nazib yang juga seorang peguam menjelaskan bahawa Kasmi kini ibarat ketua keluarga sebenar kerana suaminya mengalami masalaha kesihatan dan situasi itu sudah pasti merupakan beban baginya lebih-lebih lagi kehidupan mereka yang serba dhaif.

“Di zaman moden ini masih ada lagi orang Malaysia yang tinggal di bandaraya Kuching hidup dalam keadaan tanpa bekalan elektrik dan ini sesuatu yang sukar diterima.

Sesuatu yang amat mendukacitakan juga ialah Kasmi pernah memohon bekalan elektrik melalui SESCO tetapi syarikat berkenaan mengenakan caj RM 14,000 untuk yuran pemasangan.

Keluarga miskin seperti Kasmi memang tidak mampu untuk membayar,” tambahnya. Sehubungan itu katanya, AMK Sarawak menuntut agar kerajaan BN yang memerintah Sarawak sejak puluhan tahun lalu segera menyalurkan bekalan elektrik ke kampung itu yang merupakan hak penduduk berkenaan.

Sementara itu, dalam gerak kerja berasingan, AMK Sarawak dalam lawatan itu turut bergotong-royong membaiki rumah seorang lagi keluarga miskin yang dikenali sebagai Fatilah yang terletak di Jalan Patingan.

“AMK Sarawak akan pergi ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menolong Fatilah memohon skim PPT (Projek Perumahan Termiskin) dan rumah kos rendah dalam masa terdekat supaya dapat menyelesaikan masalah Fatilah,” jelas Nazib

Diakhir gerak kerja itu, AMK Sarawak menyalurkan pelbagai bantuan kepada kedua-dua keluarga miskin tersebut termasuklah, mi, telur, minyak masak dan pakaian kepada keluarga tersebut.

Turut serta dalam gerak kerja turun padang AMK Sarawak itu ialah Penasihat PKR Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, Dominuque Ng Kim Hoe, Timbalan Ketua AMK Sarawak, Mark Murau, Naib Ketua AMK Sarawak, Wong Liong Hing dan puluhan kepimpinan PKR negeri Sarawak.

Sumber: EP

Lagi satu kebanggaan ubn.... ha..ha..ha..., jangan katakan di Sarawak... di Pengkalan Hulu tempat Tajol Rosli pun masih belum ada elektrik.... hampeh..., dalam sesetengah kawasan Felda belaan umno pun masih belum ada sumber air paip.

50 tahun kerajaan barisan nasional memerintah beb..... ha..ha..ha....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP