IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Katak Punya Pasal, ubn Bergaduh...

>> Tuesday, March 23, 2010

Abdul Ghapur mendesak Zahrain, yang baru-baru ini keluar daripada Parti Keadilan Rakyat untuk menjadi wakil Bebas, supaya menarik balik kenyataan yang menamakan beliau antara yang diumpan untuk lompat parti serta meminta maaf kepadanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Zahrain menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai komunis.

"Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis," katanya.

Abdul Ghapur turut mempersoalkan tindakan Zahrain yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dua tahun selepas mengetahui pembohongan peristiwa 16 September yang diilhamkan Anwar.

"Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudian nanti mahu masuk Umno. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga," katanya.

Abdul Ghapur berkata, beliau membangkitkan isu itu selepas dihubungi ramai pemberita setelah Zahrain menyebut namanya ketika membuat pendedahan di Dewan Rakyat mengenai rancangan Anwar mengambil alih kerajaan minggu lepas.

"Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang, jadi macam-macam tohmahan, saya tidak tahu perjanjian dia dengan parti pembangkang, saya tidak tahu, saya bukan pernah di sana, tapi kenapa libatkan saya yang tidak ada dosa ini," katanya.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) kemudian bangun mencelah dan meminta Abdul Ghapur bertenang.

"Bayan Baru menceritakan, dia tidak menuduh Kalabakan, jadi...," kata Mohamad.Abdul Ghapur enggan memberi ruang serta mempertikaikan tindakan Mohamad mahu membela Zahrain.

"Takkan Sri Gading mahu bela, sedangkan saya dalam BN, mahu bela pembangkang yang mungkin mahu masuk Umno. Saya minta maaf saja, kalau orang seperti ini masuk Umno, mungkin Umno punya orang akan keluar," katanya.

Beliau juga enggan membenarkan Zahrain mencelah walaupun untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu. Abdul Ghapur turut menyatakan pendiriannya berhubung tindakan keluar parti.

"Saya kalau keluar parti, (adalah kerana) saya tidak percaya kepada pucuk pimpinan, bukan kerana dibeli. Ini penting, jangan bikin tohmahan yang bukan-bukan," katanya

ha..ha..ha..., zahrain...zahrain... gua dah kata lu sudah jadi sampah.... apa mau lagi... letak jelah jawatan YB lu itu.... pi berambos jauh2 dok kat London sana tu....

5 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Tuesday, March 23, 2010 9:07:00 PM  

org2 tertuduh sendri tk caya & tk ngaku tuduhan tu... tapi umno dah riuh sekampung suruh tangkap & ambil tindakan keatas DSAI...
ape cite ni beb???????

nampak jelas si katak ini sekarang adalah "tentera katak" terbaru lantikan umno!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Tuesday, March 23, 2010 9:28:00 PM  

katak pancing sukar di dapati sekarang sila ke sekinchan aku nak pancing baung

sekali air bah kapal selam dah tak leh selam

Anonymous,  Tuesday, March 23, 2010 10:31:00 PM  

Bagus YB Datuk Abdul Ghafur, biar padan muka si Zahrain tu, jangan cuba mempermainkan orang Sabah Bah......
YB, mari kita buat Zahrain ni BBQ, kan YB pakar dalam hal tersebut dan kemudian kita buang kat laut sahaja.
Apa ini Zahrain ingat orang Sabah macam dia.... Anifah apa lagi hantam lah.....

ISA Tuesday, March 23, 2010 10:46:00 PM  

brutalsolo,

lu memang brutal.... pancing baung ajak la gua sekali...

Sekinchan tu... kat longkang mana bro...?

storm62,  Wednesday, March 24, 2010 2:37:00 AM  

biarla depa mati katak....kah kah kah

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP