IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

AWAS: Dengan Pemakanan Anda.

>> Monday, March 29, 2010

Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI) (Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya.  
 
KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (KBBI) KAMPUNG SELAMAT, TASEK GELUGOR SEBERANG PRAI.
 
PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!  
 
Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun:
 
*CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX* 
 
Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan *menukar alamat premis* kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.




 


Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan ****. Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI. 
Untuk mengaburi mata pengguna, mereka meletakkan *alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan * nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali* para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI.
Jenama baru KKBI : CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA*,*CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR*dan*CAP SYAIRIAH 


AWAS!

1 IkutSukaLu...::

Yong Monday, March 29, 2010 9:18:00 AM  

Adik Isa;
Yong sokong n3 anda mengenai makanan ni. Baru2 ni Yong buat sedikit kajian. Yong sms Jakim untuk bertanyakan beberapa makanan yang berlabelkan halal di hypermart terkenal di Shah Alam. Malang sekali ade di antara makanan itu tak ade tanda halal yang sah (bukan dari Jakim), tanda halal dah luput tarikh sejak tahun 2004 dan tanda halal palsu (macam tanda halal Jakim, tapi bila semak tak ade dalam senarai).

Walau bagaimanapun ade di antara pengusaha Bumiputra tidak memohon tanda halal Jakim. Alasan mereka ialah "banyak songel Jakim", "lambat dapat" dan "pengeluaran kecil dan tak ekonomik." Ini berlaku kepada mereka yang mengeluarkan makanan ringan dan ubat2an tradisional. Awal2 lagi mereka telah dikalahkan oleh birokrasi.

Jadi, kesimpulannya apa? Jika Jakim tak berubah dari segi pengurusannya, sampai kiamat Rakyat Malaysia akan disajikan dengan makan yang kehalalannya dipersoalkan. Peniaga kecil Bumiputra Islam akan sentiasa terhimpit dan bersalah.

Makanan inilah yang nutriennya masuk ke daging, otak dan hati kita. Sebab itu ramai anak2 muda umat Islam (baca Melayu) jadi auw, mat rempit, GRO, penagih dadah dan sebagainya. Pernahkah ameNo memikirkan perkara ini dengan serius?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP